SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KE BLOG SAYA

Tuesday, 23 July 2013

microteaching pertama :)

salam sejahtera semuanya. harap semuanya sihat belaka yo. harini apa yang saya nak kongsikan bersama adalah pengalaman pertama ber "microteaching" dengan budak prasekolah yang sangat hyperactive. hmm. sangat ker? hoho. apa pun pengalaman pertama ini, debaran dan getaran dijiwa memang xdapat nak dibendung pun. lirik lagu pun boleh lupa.hihi. okayy. saya mulakan, tema yang saya dan rakan kongsi saya pilih adalah cuaca dan kami telah memilih cuaca berangin sebagai fokus utama dan oleh itu kami telah memilih lagu "tanya sama pokok" sambil mengayakan aksinya. seterusnya apa kami lakukan adalah menghasilkan awan menggunakan kapas dan reben untuk menghasilkan keadaan yang berangin itu. haihh. time buat benda inilah paling rasa nak hilang sabar pun adanya. kenapa? hakikat sebenarnya budak prasekolah suka berlagak walaupun tak tahu. haha. nasib baik semua sedia maklum perangai budak memang macam itu. sabar je la menahannya. yang menangis pun ada. yang degil pun, tapi nasib baik keadaan masih mampu dikawal lagi. tepuk tangan je semua diam. berkesan. berkesan. mungkin boleh dilaksanakan sekali lagi. keke. satu benda yang paling saya suka tentang budak adalah mereka jujur. walaupun terasa segan dipuji oleh mereka tetapi betullah segala teori yang telah dipelajari dalam kelas selama nih. kalau kita pakai cantik-cantik pada hari tersebut. budak memang akan puji kita, kalau kita nampak xcantik pun, budak tu pun memang akan tegur. tapi kalau dapat pujian yang positif setiap hari, memang bersemangat laa saya nak mengajar setiap hari.keke. tapi walau apa pun ia berakhir dengan sangat-sangat baik buat kami cuma terdapat kesilapan sedikit yang dilakukan. salah satunya yang paling penting sekali tulis nama atas helaian tugasan masing-masing. keke. budak plak yang tanya cikgu nya. aigo. apa pun. daebak!keke.

layan gambar yang xseberapa banyak kejap.hihi


bahan-bahan yang digunakan :)


hasilnya. BBM :)

maaflah semua sebab lama xupdate blog. busy dengan kehidupan sebagai pelajar. keke. dan mungkin juga selepas nih. sebab esaimen sedang berduyun-duyun. btw. terima kasih sebab singgah. XOXO :D

Sunday, 26 May 2013

holiday mari :)

helo semuanya, harap semua sihat belaka laa yo. okayy. skang ini kita tengah bergoyang kaki. beriang canda di rumah sebab berapa hari yang lalu final kita dah habis. so, sekarang nya hanya lah berehat dirumah. hanya turun kerja sekali sekala je pun. tolong apa yang patut. hihi. ingat waktu zaman sekolah dulu. masa cuti je pergi turun kerja. cuti je pergi turun kerja. haha. tapi waktu itu syok gler. melayan ombak pantai sambil mengulangkaji pelajaran. dengan buku-bukunya lagi, dengan sepupu yang ramai-ramai turun pandang. kalau orang tengok apa kerja aku dulu mesti orang pun tak pernah terpikir yang aku ini mampu meneruskan pelajaran sampai ke peringkat institusi ini. yalaa. manusia ini mudah menghakimi. keke. tidak kah begitu. ohh, aku juga mungkin tidak terlepas dari buat silap ini, tapi mudah-mudahan aku dapat buang sifat yang xelok nih dalam diri sikit demi sikit. hmm. tapi bila aku buat kerja itu, aku belajar satu benda tau. walau apa pun perkerjaan seseorang itu. kita harus menghormati mereka kerana tanpa mereka siapa nak buat kerja-kerja yang susah dan berat tu. hmm. cuba habaq. selagi rezeki itu halal. takpa :). tapi serius syok sebab masa itu macam-macam pengalaman yang baru yang kami dapat. walaupun ada juga yang memandang rendah, tapi kami xkisah. mula-mula itu yesh. tipu lahh kalau cakap xkan. tetapi bila my mom bagi semangat dan kata peransang. kami dah xkisah dah apa orang nak pikir atau cakap. lama-lama dah biasa. sepupu-sepupu pun suka datang tolong. datang lepak. dengan rezeki itulah juga kami hidup. syukur kepadaNYA :'). pengalaman baru yang syok saya belajar masa itu ialah berpeluang belajar main skim. haha. okayy. benda ini sangat susah nak main lagi-lagi bagi yang takut nak ambik risiko. tapi bila dah reti. itulah benda yang paling syok sekali. sampai ketagih-tagih nak main skim itu. kalau boleh tiap hari. tapi keadaan berubah bila nak dekat exam. dah xnak ambik port dah. lepas tu satu persatu dilepaskan. then jadilah semuanya kaku dan xreti main tambah-tambah dengan takutnya nak naik board tu lagi. keke. tapi itu holiday satu ketika dahulu. ohh, bukan cuma holiday je. kekadang masa sekolah pun buat juga. tapi kali ini holiday saya macam mana ye? mungkin lebih banyak berehat di rumah dan hanya turun sekali sekala untuk tolong apa yang patut je kot. hihi. tapi itu lah pengalaman yang berharga dan mematangkan saya. kalau kita nak orang hormat kat kita. terlebih dahulu, kita kena hormat kat diri kita sendiri. XOXO. 


nah, ini salah satu port favourite kita. i do love sunrise. and always do :)

Wednesday, 8 May 2013

DEAREST :)



hi, hi, hi, apa khabar semua. harap semua sihak belaka ye. hmm. untuk sekian lamanya mesti uols dah bosan kan bila kita update pasal benda jiwang2 nih. haha. maaflah. hati pun x berniat. It’s just another ways to me to let it go. apa pun. harini xnk buat kisah jiwang-jiwanglah ye. apa yang menarik? emm. nothing I guess. Cuma dah nak dekat final dah. alahai. malasny diri ini. asal belek buku sikit je dah mengantuk. entah bilanya nak habis pun xtahulah :(.
hmm. satu lagi, saya rasa saya dah xbetul dah. haishh. nak cmna nihh. tolong tampar pipi kejap. haha. orang cakap lain, kita jawab lain. orang pergi sana, kita mai sini plak. melayang-layang je. walaupun kekadang sentap. kekadang angin. beberapa minit kmdian jadi xbetul balikk. haa, sebab tu orang malas nak layan. masuk dunia sendiri je memanjang. sampai rumate pun dah cakap “kau ni dah kenapa?’’. aa. sebenarnya saya rindukan orang. keke. apa pun, nihhh ada letter dari juliet buat yang tersayang. keke..

dear mom and dad. thanks for everything. sorry, sebab menjadi anak yang degil dan mengada-gada. tapi paling penting. I love, love, love both of you very very much. you’re my guardian angel. thanks for always trust me :’). lepas ini janji jadi anak yang baik. keke. tapi nakal xboleh janji. hehe.



dear Querida, nothing much I can said to you, but you can count on me. kalau awak sedih, saya boleh jadi bahu. kalau awak gembira lagi saya suka.tapi saya paling suka kalau awak happy. I have a lot of wishes to you, baca di bawah nihh. get well soon and good luck :) .  I will be with you whenever you need me.



 ouhh. dear bestfriend. awak tahu kan yang saya sayang awak sangat-sangat. so, you can count on me. cakap je siapa buli awak, kita belasah dia untuk awak eksh. opss. yang tu akan dipertimbangkan. tapi jangan sedih-sedih. saya ada kalau awak perlukan saya. my dearest Serpentie and Kathleen juga :)




dear akak rumate kita, I know dah lama kita duduk sebilik nih. sometime I annoys you. a lot I guess. haha. but thanks kerana masih sudi bersama untuk menjadi rumate. terima kasih kerana sudi menemani diri ini. dah banyak dah pengalaman susah senang hidup di perantauan ini kita lalui bersama. hoyehh! terima kasih sebab memahami diri ini. *sebenar saya xsusah sangat pun kan :) . terima kasih dan terima kasih atas semuanya.



dear si diva and manja, haha. korg memang awesome. sangat awesome. BFF katanya. haha. kenal korg memang bagi aku gila. tapi terima kasih kerana sentiasa ada saat susah dan senang. sebenarnya banyak lagi nak cakap, tapi rasanya dah cakap. haha. apa pun thanks uolss :)




dear someone,
thanks to you too. kalau nak habaq banyak benda yang kita nak habaq tau. tapi paling penting terima kasih sebab banyak bagi support kat kita dari mula sampai akhir. sebab awk la kita lagu nih skang. kita xtau nak balas jasa awak macam mana dah. thanksss plains's white.. :)


and 

dear friends, thanks also sebab korg ada dalam parts of my life story. ahah. dengan korg, saya belajar banyak-banyak benda. terima kasih untuk semua itu. dan maaf atas sedikit kenakalan dari saya. dan maaf juga sebab suka marah korg. haha. tapi sapa yang main dengan api tu. jadi maaf lahh ye. lepas ni kita cuba bersabar ye, korg pun jangan lahh main api pula lagi. okay. let's get along well together. idea yang menarik kann :)


okayyy, semua yang hadir hidup saya semua special. terima kasih yang teramat sangat sebab tanpa korg hidup saya sunyi. keke. terima kasih kepada semua :). awak juga. dan awak juga. pendek kata semua penting dan semua saya sayang. and good luck untuk final. XOXO
THANKS GOD FOR GIVING THEM TO ME :)

Saturday, 4 May 2013

#14

" Kalau guru mengajar sambil duduk,
 murid belajar sambil mengantuk.
Kalau guru mengajar sambil berlakon, 
murid belajar dengan tekun. 
Kalau guru mengajar tanpa alat, 
murid belajar dengan ralat.
Kalau guru mengajar banyak cakap,
ada murid bertambah gagap.
Kalau guru menjadi pemudah cara, 
ramai murid pandai berbicara.
Kalau guru mengajar tanpa menilai,
Takkan tahu murud bodoh dan pandai.
Kalau guru berbudi bahasa,
Dikenang murid sepanjang masa. :)

#CP :)

#13

"Tell me and I forget. Teach me and I remember. Involve me and I learn." - Benjamin Franklin

:)

Friday, 3 May 2013

1750


Aku rindu, sungguh aku rindu. Aku rindukan kedamaian itu, rindukan langit yang berwarna jingga, bunyi ombak yang menghempas pantai, bunyi burung berkicauan. Rindu melihat mata yang penuh dengan sinar kebahagian dan kejujuran. Aku makin lemas, dan terus lemas. Cuba berdiri tapi seperti seekor pingu yang hanya menggunakan tenaganya sebanyak 70% didalam air. Aku cuba untuk tabah, tapi hati ini kacau bilau. Aku impikan sebuah kebahagian. Aku ingin melihat sinar kebahagian dari hari demi hari. Aku benci dunia yang penuh kepura-puraan, seperti menjerat diri ini. Aku kah yang terlalu ketingglan zaman dalam arus moden ini. Patutkah aku terus hidup dalam dunia aku sendiri? Kekadang aku pun xmampu menjawab persoalan aku sendiri. Aku lemas, lemas dengan semuanya. 

bawalah saya kemana pun utk tenangkan hati dan perasaan saya. XOXO

Wednesday, 20 February 2013

#12

seeing your smile and hearing your laugh
would instantly make my day 
better  =)


Monday, 18 February 2013

1058

holahai, aktiviti petang cik memik arini ialah serang klinik kesihatan seremban. 
wui, servis dorg memang terbaikk!! cepat dan mesra. kalau macam ini nak datang jumpa 
doktor pun xkan ragu-ragu lagi. walupun nombor giliran nampak macam lama ag
tapi disebabkan servis yang cepat dan mesra ini kerja jadi mudah :). suka. suka. suka sangat. 
dapat pula doktor yang mesra-mesra. nak cakap pun senang, tak takut-takut dan segan :).
sebenarnya, kalau diikutkan hati, aktiviti serang2 klinik mahupun hospital memang bukan favourite kita. sebabnya takut. haha. alkisahnya adalah. kihkihkih :)


 1506 bilik 6 :)


yang nihh pulakk mate tersayang kita. sayang dia sangat-sangat. walupun salu gaduh-gaduh dengan 
dia, tapi gaduh ktaorang gaduh manja je. hakikatnya kami sukar untuk dipisahkan. hihi. cuti pun tetap berhubung. walupun pangkat akak, tapi alahai. rasa macam sebaya je pula. ayoee. kakak. haha. tapi apa pun ktaorg tetap meriah. okayy. terima kasih ye roomate. walupun kena paksa temankan jumpa dengan cik doktor kita tadi, tapi tetap turutkan. terima kasih juga ye sebab prihatin dengan kesihatan roomate pun sementara kita xda sapa2 di perantauan. kihkihkih. 


namanya Elsie Myriame. boleh panggil Marimar. kihkihkih. cik Mermaid. sebab tu laa
kita padan. masing2 boleh pegang title tu sebab nama hampir ke arah itu :O


ini adalah obses dan cinta saya. i love nature. i love picture. i love captured. 
dulu pernah nak kejar obses ini. tapi bila family tak restu, then saya memilih bidang lain. xpela. 
ada hikmahnya buat saya. saya pun dah boleh nampak kebaikannya untuk saya, perubahan yang positif :)
dan orang pun salu cakap bila kita salu membahagiakan hati orang, kita akan lebih diberkati selain hati kita pun senang dan puas :)


cerita dalam hujan di seremban :)


okayy, lepas balik dari klinik sempat nak posing-posing dalam kereta. bosan katanya. maklum laa. jalan jammed. lepas office hours dan budak balik sekolah kan. hihi. apapun. doakan kesihatan saya ye
 kawan-kawan :)


nama saya Adeline Memik wife kepada Joong Ki oppa :p.
mesti kawan-kawan saya tengah kutuk saya skang nih. haha.
pagi tadi pun dah kena. alaa. biasalahh, tengok wife dia letak gambar husband dia 
jadi wallpaper dia. itu pun nak jealous ker. xbaik uolss. hihi. jangan marah. kita gurau je.
:)

kbai. XOXO

ehs.ehs.sebelum tu tatap muka husband kita dulu, tapi. tapi.
jangan tengok lama-lama. takut jatuh cinta. hihi


Joong Ki oppa :)

XOXO ♥ :)


Sunday, 17 February 2013

#11





fairytales adalah merupakan kisah cinta yang sangat perfect dan tidak berapa nak wujud di dunia yang nyata :)

#10

sometimes, we need someone to teach us, 
to love us, to hurt us, to protect us, 
and to help us to be a better person :)


Thursday, 10 January 2013

1146

untuk kali pertamanya dalam tahun ini, aku rasa macam seribu semangat aku dah pergi. seolah-olah macam takda hala tujuan. berfikir dan berfikir dan terus berfikir. apa yang aku dapat? aku sendiri xpat nak taksirkan perasaan yang berwarna pelangi ini. dalam hati ini, dalam fikiran ini terdapat berjuta-juta perkataan yang singgah dan pergi seolah-olah memaksa diri untuk melepaskan semuanya. tapi apa aku buat? hmm. seperti biasanya berfikir dan melihat ia pergi. kekadang aku berfikir adakah ini yang terbaik? ''yaa. ini yang terbaik untuk kau, kalau ini bukan yang terbaik, tuhan takkan permudahkan segala urusan aku''. tapi kekadang aku jadi seorang pelupa. lupa. dan terus lupa. tapi mungkin. mungkin ini yang terbaik. sedarkan aku. aku berdiri dalam ketakutan. ketakutan yang teramat sangat. kekadang aku rasa aku boleh, tetapi satu ketika aku sendiri xberani hendak melangkah lebih dari itu. berundur setapak mungkin bukan pilihan terbaik buat aku. jadi aku terus berfikir dan berfikir sehingga kekadang-kadang ia seperti tiada berpenghujung. aku takut dengan dunia yang sentiasa maju ke hadapan dan kekadang ia tidak berada di landasan yang betul. berhadapan dengannya itu dah pasti. orang selalu cakap "nak jadi baik itu susah tapi nak jadi jahat tu senang.'' tapi aku sering berharap semaju mana pun dunia, biarlah aku sentiasa beringat dunia ini bukan tempat untuk aku selamanya. biarlah aku sentiasa beringat untuk berbuat baik dan sentiasa ikhlas. biarlah aku beringat setiap manusia ada garis panduan hidup dia sendiri, biarlah aku beringat berbuat jahat terhadap sesama manusia hanya akan menyeksa jiwa dan batin. biarlah aku beringat untuk banyak perkara yang positif dan sentiasa berpijak pada bumi yang nyata dan tidak mudah lupa diri kelak. XOXO.

Sunday, 6 January 2013

.2013.

hampir seminggu dah tahun 2013 ini menuju ke arah tahun baru well i guess masih tak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat tahun 2013 untuk semua :). may all of you have a blessed and wonderful 2013. i guess 2013 will make a great years for me. hopefully. hihi. untuk 2013 ini rasanya bilangan ahli keluarga besar kami akan bertambah-tambah besarnya which is my favourite aunty akan bertunang pada 10 januari ini. waww. penantian itu berakhir buat dia dan buat kami juga. seems like jodoh dia dah sampai pun. tumpang gembira untuk dia. sangat gembira. hihi. tapi yang kecewanya masa itu saya xda. sedihhnya. kalau nak ikut rasa hati ini, sememangnya dan sebolehnya nak sangat balik lambat ke seremban ni. nak juga tengok dia tunang. haihh. tapi apakan daya. saya ni cuma lah seorang manusia yang lemah. hoho. tapi serius memang sedikit kecewa nihh. aaa.batin terseksa. haha. kenapa saya plak yang acts over sangat ini. emm. tapi rasanya saya akan lebih berkecewa lagi kalau hari wedding dia pun nanti saya memang xcuti dan tak ada di tempat kejadian! OMG! xboleh saya nak bayangkan masa tu nanti. FRUSTED okayy. so, APRIL pls be nice. i'm begging you. sobsobsob. dan dengan ini juga selama 6 hari cuti panjang dan sangat panjang saya untuk 2012 dah pun berakhir. hemm. banyak benda dah saya belajar. banyak benda yang dah saya alami. but thankss. semuanya baik dan mungkin juga mematangkan saya. sedikit. err. mungkin. p seriuss. saya rindu my mom sangat2. adik-adik. home. senyuman dorg. ketawa dorg. haa. hati sebak ingatkan dorg. they're my precious things. tanpa dorg i'm nothing. serius. tanpa dorg i'm nothing :'). i LOVE u guys very very much. thanks god for giving them to me :). untuk kawan-kawan juga. aa, and thanks to him too. korg juga my precious things. so can i wish to keeps u guys in my life always :). XOXO.