SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KE BLOG SAYA

Thursday, 10 January 2013

1146

untuk kali pertamanya dalam tahun ini, aku rasa macam seribu semangat aku dah pergi. seolah-olah macam takda hala tujuan. berfikir dan berfikir dan terus berfikir. apa yang aku dapat? aku sendiri xpat nak taksirkan perasaan yang berwarna pelangi ini. dalam hati ini, dalam fikiran ini terdapat berjuta-juta perkataan yang singgah dan pergi seolah-olah memaksa diri untuk melepaskan semuanya. tapi apa aku buat? hmm. seperti biasanya berfikir dan melihat ia pergi. kekadang aku berfikir adakah ini yang terbaik? ''yaa. ini yang terbaik untuk kau, kalau ini bukan yang terbaik, tuhan takkan permudahkan segala urusan aku''. tapi kekadang aku jadi seorang pelupa. lupa. dan terus lupa. tapi mungkin. mungkin ini yang terbaik. sedarkan aku. aku berdiri dalam ketakutan. ketakutan yang teramat sangat. kekadang aku rasa aku boleh, tetapi satu ketika aku sendiri xberani hendak melangkah lebih dari itu. berundur setapak mungkin bukan pilihan terbaik buat aku. jadi aku terus berfikir dan berfikir sehingga kekadang-kadang ia seperti tiada berpenghujung. aku takut dengan dunia yang sentiasa maju ke hadapan dan kekadang ia tidak berada di landasan yang betul. berhadapan dengannya itu dah pasti. orang selalu cakap "nak jadi baik itu susah tapi nak jadi jahat tu senang.'' tapi aku sering berharap semaju mana pun dunia, biarlah aku sentiasa beringat dunia ini bukan tempat untuk aku selamanya. biarlah aku sentiasa beringat untuk berbuat baik dan sentiasa ikhlas. biarlah aku beringat setiap manusia ada garis panduan hidup dia sendiri, biarlah aku beringat berbuat jahat terhadap sesama manusia hanya akan menyeksa jiwa dan batin. biarlah aku beringat untuk banyak perkara yang positif dan sentiasa berpijak pada bumi yang nyata dan tidak mudah lupa diri kelak. XOXO.

No comments:

Post a Comment