SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KE BLOG SAYA

Friday, 3 May 2013

1750


Aku rindu, sungguh aku rindu. Aku rindukan kedamaian itu, rindukan langit yang berwarna jingga, bunyi ombak yang menghempas pantai, bunyi burung berkicauan. Rindu melihat mata yang penuh dengan sinar kebahagian dan kejujuran. Aku makin lemas, dan terus lemas. Cuba berdiri tapi seperti seekor pingu yang hanya menggunakan tenaganya sebanyak 70% didalam air. Aku cuba untuk tabah, tapi hati ini kacau bilau. Aku impikan sebuah kebahagian. Aku ingin melihat sinar kebahagian dari hari demi hari. Aku benci dunia yang penuh kepura-puraan, seperti menjerat diri ini. Aku kah yang terlalu ketingglan zaman dalam arus moden ini. Patutkah aku terus hidup dalam dunia aku sendiri? Kekadang aku pun xmampu menjawab persoalan aku sendiri. Aku lemas, lemas dengan semuanya. 

bawalah saya kemana pun utk tenangkan hati dan perasaan saya. XOXO

1 comment:

  1. kedamaian itu bukan pada tempat.
    walau seribu tempat kau pergi, kau takkan pasti punya kedamaian itu.
    kedamaian itu datang dari hati. pujuk hati kau sendiri kawan. belai jiwa kau sendiri jika kau mahu kebahagiaan :)

    ReplyDelete