serius aku memang marah dengan apa yang kau buat kat aku. sabar aku memang banyak dah hilang. sebab aku masih nak jaga hati kau aku diamkan je. tapi sedikit pun kau xpikir perasaan aku kan. aku bukan nak touching bagai. tapi aku pun ada perasaan. 2 minggu aku diamkan diri. xnak sound kau. xnak marah-marah kau. tapi kau pijak-pijak lagi perasan dan otak aku kan. kau senanglah nak tuding jari kat aku. cakap itu ini pasal aku kan. tapi pernah kau pikir disebaliknya. rasa ditempat aku. pernah? rasanya x. sampai kau sendiri pun boleh nak tanya aku balik kan. siap sound-sound aku. marah-marah aku walaupun salah itu bukan milik diri ini. ye aku sedar aku bukan lah sebaik mana pun sejauh sekali sebaik malaikat tu, memang tidak lah kan. tetapi bila aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk semua orang dan semua pihak tak boleh ker cuma sedikit je, sedikit je aku minta. tak banyak. tolonglah hormat aku sebagai seorang kawan. aku diam bermaksud. aku sedar kelemahan diri yang cepat marah lagi-lagi kalau ajak gaduh tak tentu pasal. memang xkan habis lah kan. tapi bila aku cuba menahan diri dari bersikap demikian, jadi tolong laa faham kalau aku xnak balas balik apa yang kau cakap. kalau aku xnak respon apa-apa pun. kalau aku berdiam diri. kenapa harus nak dipanaskan lagi? kenapa harus dipanjangkan lagi? kenapa harus dikeruhkan lagi keadaan? aku bukan nak ungkit apa semua. tapi aku geram. aku sangat geram dengan apa yang kau buat ini. terlampau geram sampai aku pun xtahu nak lepaskan kat mana dah. sampai hati dan jiwa pun rasa tertekan dah. kalau macam ini la terus-terusan aku pendam, aku boleh gila tahu tak. terlalu banyak sangat dah sabar itu. aku xtahu dah sampai mana aku mampu bersabar lagi kalau kau terus-terusan layan aku macam ini. aku xtahu. aku pun manusia, bukan robot mahupun mainan. aku takut nanti sampai satu saat sabar itu memang dah tiada lagi dan benda ini akan jadi keruh. aku xnak jadi macam tu. jadilah tolonglah jangan desak aku jadi orang yang macam itu sebab aku pun xnak. aku xnak jadi singa!! jadi tolong biarkan aku mencari ketenangan didalam diri dan hati dahulu sebelum apa-apa.thank you.
p/s: maaf kerana membuat anda membuang masa disini.terimakasih.
No comments:
Post a Comment