SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KE BLOG SAYA

Tuesday, 23 July 2013

microteaching pertama :)

salam sejahtera semuanya. harap semuanya sihat belaka yo. harini apa yang saya nak kongsikan bersama adalah pengalaman pertama ber "microteaching" dengan budak prasekolah yang sangat hyperactive. hmm. sangat ker? hoho. apa pun pengalaman pertama ini, debaran dan getaran dijiwa memang xdapat nak dibendung pun. lirik lagu pun boleh lupa.hihi. okayy. saya mulakan, tema yang saya dan rakan kongsi saya pilih adalah cuaca dan kami telah memilih cuaca berangin sebagai fokus utama dan oleh itu kami telah memilih lagu "tanya sama pokok" sambil mengayakan aksinya. seterusnya apa kami lakukan adalah menghasilkan awan menggunakan kapas dan reben untuk menghasilkan keadaan yang berangin itu. haihh. time buat benda inilah paling rasa nak hilang sabar pun adanya. kenapa? hakikat sebenarnya budak prasekolah suka berlagak walaupun tak tahu. haha. nasib baik semua sedia maklum perangai budak memang macam itu. sabar je la menahannya. yang menangis pun ada. yang degil pun, tapi nasib baik keadaan masih mampu dikawal lagi. tepuk tangan je semua diam. berkesan. berkesan. mungkin boleh dilaksanakan sekali lagi. keke. satu benda yang paling saya suka tentang budak adalah mereka jujur. walaupun terasa segan dipuji oleh mereka tetapi betullah segala teori yang telah dipelajari dalam kelas selama nih. kalau kita pakai cantik-cantik pada hari tersebut. budak memang akan puji kita, kalau kita nampak xcantik pun, budak tu pun memang akan tegur. tapi kalau dapat pujian yang positif setiap hari, memang bersemangat laa saya nak mengajar setiap hari.keke. tapi walau apa pun ia berakhir dengan sangat-sangat baik buat kami cuma terdapat kesilapan sedikit yang dilakukan. salah satunya yang paling penting sekali tulis nama atas helaian tugasan masing-masing. keke. budak plak yang tanya cikgu nya. aigo. apa pun. daebak!keke.

layan gambar yang xseberapa banyak kejap.hihi


bahan-bahan yang digunakan :)


hasilnya. BBM :)

maaflah semua sebab lama xupdate blog. busy dengan kehidupan sebagai pelajar. keke. dan mungkin juga selepas nih. sebab esaimen sedang berduyun-duyun. btw. terima kasih sebab singgah. XOXO :D