SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KE BLOG SAYA

Saturday, 21 April 2012

kisah hati.♥


lately aku tersedar perubahan yang berlaku dalam diri sendiri. ini bukan diri aku yang aku kenal sebelum ni. rapuhny diri ini. menjadi orang yang bukan diri sendiri sangat menyeksakan. setiap nafas yang dihembus seolah-olah bukan milik diri. setiap perkara yang dilalui seolah-olah bukan dialami diri ini. hummm.seolah-olah diri ini di dunia sendiri. apa yang sedang berlaku? apa yang aku buat? aku xsuka jadi begini, sedarkan aku,kejutkan aku. aku tidak mengeluh akan hidupku, bahkan aku juga tidak merungut dengan apa yang berlaku dengan hidupku. hari-hari aku sebelum ini telah diajar oleh orang-orang yang aku sayangi agar menghargai apa yang aku miliki. saat gembira mahu pun saat duka ku. tetapi aku tidak faham mengapa aku patut mengalirkan air mata untuk aku bazirkan atas sebab yang aku tidak tahu dan tidak mengerti air mata itu mengalir. tertekannya bila aku harus hidup begini. mungkin apa aku kesali adalah kita. awak memang kawan terbaik yang pernah saya miliki,pernah saya sayangi dan saya hargai. tapi masa mengubah segalanya.  perkara yang paling saya kesali adalah bukan kita yang berubah tetapi ingatan kita tidak mampu menyimpan seribu kenangan yang pernah menjadi milik bersama. masa telah mencuri semua perkara yang pernah menjadi milik kita sehingga kita boleh terlupa segalanya yang pernah kita lalui. masa telah memainkan peranan diantara kita dan kini, untuk yang terakhir kalinya mungkin aku harus melangkah ke hadapan dan bukan hidup di masa lampau kita agar aku boleh mencari dan mendapatkan apa yang patut aku miliki dan yang telah tertinggalkan. semoga awak bahagia dengan hidup awak kini dan aku akan sering mendoakan yang terbaik buatmu. sehingga ada jodoh,kita akan bertemu lagi.:')

just breathe.:)


                                          pls live for yourself not for others.:')

smile always.

p/s: buat sahabat yang saya sayangi.saya xkn pernah lupakan awak.terima kasih atas semua ny.saya pasrah dengan semuanya.:').